Thursday, March 10, 2011

Oreo Coklat (RM2.80)

Salam satu Malaysia.. Entri kali ini Eka nak tunjuk 1 lagi produk yang Eka jual, iaitu "OREO COKLAT"
Namanya pun OREO so,kali ni bukan fully coklat tapi biskut oreo yang disalut dengan coklat.
Yang gambar upin ipin tu boleh makan tau..bukan kertas.
Untuk Oreo coklat ni, 1 pcs = RM2.80
Untuk tempahan sila hubungi Eka, 017-3431743 . Tq.

Wednesday, March 9, 2011

Coklat 2 pcs (RM2.50)

Dah bosan dengan coklat 8pcs, 6pcs & 4pcs?
Kali ni Eka ada lagi satu yang baru.. COKLAT 2 PCS . Harga RM2.50 je..
Bagi mereka yang nak bagi hadiah yg comel2 kat sesiapa,, try la coklat ni..!
Macam biasa, tempahan diterima sebelum atau pada hari Khamis setiap minggu. Anda akan dapat order hari Isnin. Siap dengan ribbon =)
Untuk tempahan, sila hubungi Eka di talian 017-3431743
Korang boleh mintak nak tulis apa, kaler apa.

Chocolate Case - New Arrival

Assalamualaikum. Entri kali ni adalah untuk memperkenalkan produk baru iaitu "CHOCOLATE CASE".
Mari lihat apa ada kat dalam
This chocolate case is fully chocolate..  kalau tengok sekali imbas, nampak macam bekas yang diperbuat daripada tanah  liat tu.. tapi bau dia... MENYELERAKAN!
dan...bila dah tengok sendiri, mesti you all tak sampai hati nak makan. hehe..
   
Love ni boleh alih2 tau
Saiz : tu tangan perempuan yer..




Dari arah tepi


Tuesday, March 8, 2011

LOLIPOP COKLAT!!

comel kan? nyumm2~

Kali ni nak bagitahu pasal "LOLIPOP COKLAT" yang Eka cakap sebelum ni.. Haa..ni lah rupanya.. Ada dua sample je setakat ni. Harga lolipop ni 1pcs = RM2.10
Kalau beli 5pcs = RM10 je k? 

Yang ni diperbuat daripada coklat putih.. yummmyyy~~ hehe..

Untuk tempahan, call Eka, 0173431743 . Tq (^_^)

Monday, March 7, 2011

Produk baru dah sampai

Kali ni ada penambahan produk. Gambar akan di upload kemudian.

  • Coklat 2 pcs (RM2.50)
  • Lolipop coklat (RM2.10)
  • Oreo coklat (RM2.80)
  • Chocolate case ( harga belum ditetapkan)
Tempahan boleh dilakukan setiap hari sebelum hari Khamis setiap minggu. Coklat akan dibuat pada hari Jumaat atau Sabtu mengikut tempahan, hari Ahad siap dan dihantar. Isnin, pelanggan mendapat tempahan.
Sekian. Wasalam.

Untuk pertanyaan dan juga tempahan, sila hubungi Eka di 017-3431743

Saturday, March 5, 2011

Harap Maaf - Harga Terpaksa Dinaikkan

Kepada semua customer yang saya sayangi.. Di sini terdapat perubahan harga pada produk saya.
Bukan saje2 yer.. Tapi disebabkan kos (harga barang mentah) dah naik, so. sy pun kena la naikkan harga jugak. Harap maklum yer.
COKLAT
2 pcs : RM 2.50
4 pcs : RM 4.20
6 pcs : RM 5.80
8 pcs : RM 7.90

OREO COKLAT
1 pcs : RM 2.80

LOLIPOP COKLAT
1 pcs :RM 2.10

Segala kesulitan amatlah dikesali.
Untuk tempahan sila hubungi Eka di 0173431743

Friday, March 4, 2011

Sweet Chocs Sales Data Week 1 - Week 4


Memandangkan saya hanya membuat bisnes kecil-kecilan, jadi sales sy pun tak lah banyak.. tapi boleh la... buat pendapatan sampingan.... Kecil2 dahulu... timba pengalaman.. Nanti boleh belajar lagi.. Ni untuk sales bulan pertama..start dari 7 feb 2011

Monday, February 28, 2011

COKLAT THIRD ORDER DAH SAMPAI !!! (^_^)

SWEET 20 RM7.50 (sold)
Yang mcm ni RM 5.20 (sold)

For a couple RM7.50 (sold)

Sweet kan kalau bagi parents? (available)

Simple.. RM3.90 (sold)

RM5.20 (sold)

RM3.90 (sold)


Pink! RM7.50 (sold)


Kalau nak tempah, call sy ye.. Atika Moktar. No telefon, 0173431743

Saturday, February 26, 2011

_H0MESiCk_ SaYaNGi iBu BaPA aNDa..

Tetibe rasa rindu yang amat sangat kat rumah... Mak..Abah..
padahal bukan lama sangat tak jumpa pun..
Apa yg buatkan aku tetiba rasa macam ni?

Tadi aku borak2 dengan roomate2 kesayangan aku..
Entah macam mana boleh terbuka cerita pasal family...
Sorang roomate aku ni,, Aku baru tahu yang dia anak yatim piatu..
Arwah ayahnya meninggal masa kita Tingkatan 3 n mak dia pula tahun lepas...
Lebih sadis lagi dia ni pernah ada adik beradik 8 orang tau..
Kenapa aku cakap pernah? sabar la.. nak citer la ni..
Ok..  pada asalnya 4 lelaki n 4 perempuan..
Tapi...sudah tertulis, adik beradik lelakinya semua dah meninggal.. sbb sakit..
Yang terbaru awal2 sem haritu...
Sekarang just tinggal dia n 3 kakak dia.. dia ank bongsu..
Kesian dia.. Roomate aku  ni baik orangnya.. lembut je..
Dia tabah dengan semua yg tertulis....

Bila aku dapat tahu,,
Aku bersyukur sangat parents aku masih ada lagi..
Ada tempat aku nak bergantung, berlindung n mengharap kasih sayang..
Tetiba aku rasa rindu sangat kat mak n abah aku..
Takpe2.. mak kata esok dia datang Segamat. Yeayyyy!!! (^_^)
hehe.. So.. kpd korang semua... Sayangilah ibu bapa anda..Hormati mereka..
Kalau tak kerana susah payah diorang,, korang tak sampai tau kat mana korang sekarang..


............S.E.K.I.A.N..........

How To Make An Order?

Asyik tengok coklat je... tapi taktahu macam mana nak order?
ni sy nk bagitahu..
Ok...

  • Tengok sample2 coklat (gambar2 kat blog ni or Facebook Eka Ketot (Nurul Atika Moktar)
  • Kalau dah berkenan di hati nak yang mana,  
  1. Yang ni 4pcs harga dia RM3.90

    Yang ni ada 8pcs RM7.50



    Sesuai la kalau nak bagi bf or gf



    Kalau yg 6pcs ni RM5.20

    Boleh bagi present kat kawan..











    Banyak lagi.. boleh tempah


    UNTUK TEMPAHAN
    Sila beri no. telefon
    No bilik
    Bayaran semasa dapat cokelat tu
    E-mailkan ke ketot_hyper@yahoo.com
    atau inbox ke facebook sy. eka ketot 
    http://www.facebook.com/profile.php?id=100000889114697
  • atau hubungi saya di 0173431743  
  • Tempahan hendaklah dibuat sebelum atau pada hari Khamis setiap minggu

Friday, February 25, 2011

Kandungan Coklat

# Polyphenols – Antara kandungan utama dalam coklat yang berfungsi mencegah tengik.

- Menjadi penangkis kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan strok. Jangan risau, jika sekadar mengambil dalam kuantiti diperlukan.

# Theobromine – Sebaik menjamah coklat, individu akan berasa lebih bertenaga. Mata mengantuk secara automatik akan terbuka dek penangan bahan theobromine.

- Bagi individu yang diserang batuk, disyorkan mengambil coklat kerana dikatakan lebih mujarab daripada ubat batuk. Seperti teh yang digunakan untuk mencuci muka, kini coklat turut dijadikan pupur bagi menyegarkan kulit wajah.

# Phenylethylamine – Kandungan phenylethylamine memberikan rangsangan otak yang menghasilkan dopamine. Kesan kehadiran dopamine mencetuskan perasaan ceria dan tenteram hingga membangkitkan mood romantis. Justeru coklat sangat sesuai sebagai hadiah paling romantik.

# Antioksidan – Bagi individu yang risau dengan garis penuaan yang mula timbul di wajah, coklat barangkali boleh membantu. Sifat antioksidan mampu mencegah proses penuaan yang disebabkan kesan radiasi. Gaya hidup tidak seimbang dengan pilihan makanan segera yang diambil tanpa had juga menjadi penyumbang mempercepatkan proses berkenaan..

COKLAT : Apa Khasiatnya??

 Tidak ramai mahu menjadikan coklat antara menu penting makanan harian kerana bimbang pengambilannya boleh menyebabkan kegemukan terutama di kalangan wanita yang mementingkan kecantikan.

Malah, coklat tetap dikaitkan punca obesiti.

Hakikatnya, pengambilan coklat khususnya coklat hitam (dark chocolate) amat penting untuk kesihatan.
coklat hitam mengandungi antioksidan lapan kali lebih tinggi berbanding buah strawberi.

Khasiat yang terkandung dalam coklat hitam berbeza dengan coklat putih kerana ia tiada kandungan koko atau flavonoid, tetapi masyarakat sekarang lebih gemar memakannya berbanding coklat hitam.

Baik untuk kesihatan jantung kerana ia boleh melancarkan aliran darah, mengurangkan risiko pembentukan darah beku dan memperbaiki tahap kolesterol, selain melindungi kerosakan dan keradangan sel.

Merendahkan tekanan darah. Menerusi kajian dilakukan ke atas pesakit tekanan darah tinggi yang makan kira-kira 100 gram coklat sehari selama dua minggu menunjukkan penurunan tekanan darah yang ketara

“Sebenarnya, memakan coklat hitam boleh membantu mengubah mood seseorang yang tertekan menjadi gembira kerana pengambilannya akan meningkatkan hormon yang merangsang perasaan ceria.

Mengikut sukatan terbaik, coklat hitam sepatutnya mengandungi 70 peratus koko dan 30 peratus susu tetapi rasanya yang sedikit pahit mungkin menyebabkan coklat itu tidak digemari orang ramai.

Keistimewaan coklat hitam juga mampu menjadikan kulit wajah awet muda kerana mengandungi mineral dan vitamin A,C dan E, serta kemampuannya meningkatkan peredaran darah sehingga ke otak, sekali gus dapat merangsang ingatan menjadi lebih baik.

Diakui coklat mengandungi lemak tetapi lemak ini sihat dan tidak menggemukkan.

Wednesday, February 23, 2011

Test MGT300

Hari Isnin haritu kelas JBM1114D dah dapat paper test 1 MGT300.. Masa Miss Mariam nak bagi tu,
punyala kecut perut ni... takut fail.. sebab main  jawab je haritu. Tapi alhamdulillah... Eka lulus.. dapat 70 lebih.. even tak bagus sangat.. tp ok la... nti next test Eka akn pastikan dapat markah lagi tinggi..
korang macam mana pulak? huhu..
Sekarang Eka tengah tak berapa sihat... uhhh..panas dalam.. siannn saya...

Tuesday, February 22, 2011

Bertemu Ketua PPP Sektor C!

Assalamualaikum.. Eka ada story sikit nak citer.. Semua gurls JBM1114D dok kat Sektor C kan?
Malam tadi masa Eka tengah hantar coklat dari kolej ke kolej,,,,
Tiba kat kolej Sempana Alam Buana, Eka terserempak dengan Miss Ada..
Dia tanya Eka buat apa.. Eka pun tunjuk la sebakul coklat yang Eka bawak...
Dia punya teruja...hehehe.. Dia kata comel sangat2...
Terus kitorang duduk kat meja McD tu... dia belek2 n berminat nak beli..
Dia ada jugak tanya kalau2 Eka berminat nak join JPK masa MITEK nanti...
TAPI... mengikut Miss Ada.. Salah tau berniaga kat kolej ni...
Miss Ada kata, "Kalau you nak make it legal, you buat surat,suruh lecturer you tandatangan,
and mintak tolong lecturer you bawa terus ke Pak Lah (TP HEP) unutk diberi kelulusan"
Miss Ada kata, in case ada spot check, kita boleh tunjuk surat tu kat JPK..

Pape pun.. best sangat dapat borak2 dengan dia semalam, dia sempoi sangat2..
Dia ada beli tau coklat Eka.. Hehe.. thanks Miss!!

Monday, February 21, 2011

Coklat Datang Lagi

Semalam Eka bawa order customers lagi tau.. Kali ni..
woww...!
Coklatnya nampak sangat sedap.. gemuk2 & gebu2 daripada yang sebelumnya tau.
Dalam kelas JBM1114D, Yuhanis, Sarah Munirah dan Jana Husiela dah jadi customer Eka, so you all boleh la tanya diorang sedap tak coklat tu..
Semua student kelas JBM1114D pun dah pernah rasa tester coklat yang Eka jual kan?
Kepada gurls,,,korang suka yang comel2 ni kan.. Semalam ada customers yang datang bilik Eka, bila nampak je coklat tu, terus je dia cakap "COMELNYERRRRR" ...
Hehe.. Kalau korang tengok pun korang akan cakap macam tu jugak kot..


 Kalau yang 6pcs macam ni RM5.20




 
Kalau yang 4 pcs macam ni plak RM3.90

Yan kotak bentuk love, ada 8 pcs..RM7.50

Corak terpulang kepada pembeli.. dapat dalam masa seminggu.. bayaran buat semasa dapat.. =)


http://www.facebook.com/album.php?fbid=187439087962394&id=100000889114697&aid=39868&notif_t=photo_album_comment


Contact me 017-3431743 (^_^)